Tuesday, July 27, 2010

Johor: Janji kosong

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Janjikosong/Article

Johor: Janji kosong

Oleh Kalam Hadi



2010/07/26

63 nelayan Kampung Plentong tunggu wang pampasan daripada syarikat korek pasir sejak 2009.

PLENTONG: Penantian 63 nelayan pinggir pantai di Kampung Plentong Tengah dekat sini, untuk mendapatkan wang pampasan seperti dijanjikan syarikat menjalankan kerja mengorek pasir bagi mendalamkan Sungai Plentong sejak setahun lalu, bagaikan menunggu buah tidak gugur. 


Nelayan terbabit mendakwa syarikat yang mengendalikan kerja membersihkan Sungai Plentong bagi kerja penebatan banjir gagal menunaikan janji walaupun beberapa siri pertemuan dan rundingan diadakan antara wakil nelayan dengan wakil syarikat terbabit.

Pengerusi Pangkalan Nelayan Kampung Plentong Tengah, Abdul Rahim Salam, 58, mendakwa sejak kerja mengorek dan mendalamkan Sungai Plentong yang dijalankan tahun hidupan sungai semakin pupus sehingga menjejaskan teruk pendapatan nelayan.

Katanya, ketika ini 63 ahli nelayan kampung Plentong Tengah masih menunggu janji syarikat Inai Kiara Sdn Bhd membayar wang pampasan sebanyak RM50,000 seperti dijanjikan pada pertemuan nelayan dengan wakil syarikat pada 28 April 2009 di Balai Raya Kampung Plentong Tengah.

Abdul Rahim berkata, pada pertemuan itu, pihak syarikat pada asalnya bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak RM15,000 kepada nelayan terbabit berikutan pencemaran Sungai Plentong yang menjejaskan pendapatan nelayan. 


"Perbincangan turut dihadiri ahli lembaga pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Selatan dan Ketua Kampung. Bagaimanapun, kami mendesak supaya pampasan ditambah. 


"Syarikat terbabit bersetuju untuk menambah sebanyak RM50,000 lagi yang menjadikan jumlah keseluruhan pampasan sebanyak RM65,000. Syarikat terbabit juga bersetuju untuk membayar wang berkenaan sebanyak dua kali iaitu bayaran pertama pada 15 Mei dan bayaran kedua pada 16 Jun lalu.

"Namun, sehingga kini kami menunggu bagaikan buah tidak jatuh sedangkan syarikat terbabit meminta untuk membuat pembayaran pada tarikh baru iaitu 30 Jun lalu. Ketika dihubungi sekali lagi, wakil syarikat menetapkan pula tarikh bayaran baru iaitu 17 Julai lalu.

Setiausaha Pangkalan Nelayan Kampung Plentong Tengah, Mahathir Mohd. Zain, 51, berkata, pihaknya sehingga kini hanya berurusan dengan akauntan yang dilantik oleh syarikat terbabit sedangkan ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan sehingga kini tidak muncul untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya. 


Oleh itu, beliau menggesa Menteri Besar dan Ahli Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap soal kebajikan nelayan supaya campur tangan bagi membantu menyelesaikan isu berkenaan daripada berterusan. 


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya, Tan Cher Puk ketika dihubungi berkata, beliau akan mendapatkan maklumat lebih terperinci berhubung isu berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan. 


Katanya, beliau sedang berusaha untuk bertemu dengan pengurusan syarikat Inai Kiara Sdn Bhd bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu berkenaan.

25 comments:

Anonymous said...

kesian pada rakyat.
takkan syarikat besar macam ni pun sanggup dan tergamak tipu orang susah?

Anonymous said...

dah nasib nelayan melayu....kat mane2 pun sama...kalau kawasan nelayan cina...tak berani dia buat macam niii....pihak berkuasa pun tak support....itulah politik umno..kalu tak glamour...tak masuk tv..mane maunya mereka tolong melayu...

Anonymous said...

Satu kapal korek bersamaan dengan berapa kapal ikan? Atau....satu ton lumpur bersamaan dengan berapa ekor ikan....kira..kira.....

Anonymous said...

tak boleh kira macam tu...apabila ada aktiviti korek mengorek di satu-satu kawasan tu..ikan akan lari ke kawasan lain kerana sesetengah ikan tak boleh hidup di dalam air berlumpur...dan kawasan yang tercemar...kalau ikut peraturan jabatan alam sekitar..kontraktor akan di wajibkan mendepositkan sejumlah amount...ke jabatan perikanan..sebagai cagaran untuk ganti rugi...tapi bila dah melibatkan politik..cagaran tu..dia orang buat tak tahu jeeee...

Anonymous said...

biasalah kalau dah takde otak mmg macam tu. mmg susah sikit nak sekolahkan org mcm ni. RM10 bagi org susah mana sama nilai dgn org senang.

Anonymous said...

woi.....celaka kau bro.....cakap tu agak2 la sikit......sapa tk de otak....dia org ke....korang....

kalau org tu tk de otak....marah kat tuhan.....jgn marahkan manusia....

bukan manusia yg mencipta manusia.....tuhan yg mencipta manusia......

korang la bangang

SALAM MAUT DARI detektif conan PUNYER KAWAN

Anonymous said...

betul ke apa yg korang sume ckp ni?? aku pun tinggal kat situ gak... tp biasa je... korg jgn pula nak memandai...

Anonymous said...

kau baca lah paper.....

Anonymous said...

ko tinggal kat situ...tapi ko bukan nelayan...yang kerja cari makan kat laut...mane ko tahu....betapa susahnya keje sebagai nelayan

Anonymous said...

org senang mana tau rasa susah....

kakak said...

Heran nya ... nelayan kan cari makan kat laut, bukan di sungai atau di darat nak ratah kompeni. Persatuan nelayan tu patut buat fund untuk nelayan beli bot besar dan pergi ke laut dalam tu. Apa jadah nak cari ikan tepi sungai, sampai tua lah jadi macam akak ni, duduk rumah je.

Anonymous said...

nelayan pun banyak katagorinya...cik kak ooooiiiii...ade nelayan sungai, ada nelayan pantai..ade nelayan laut dalam...di kawasan ni kebanyannya nelayan sungai....kalau nak ke laut...jauhhhh....

Anonymous said...

kalau nelayan tu tahu ada org wat keje kat area sungai......tk kan la nelayan tu tk dpt nak pikir....kot....dah ada org wat keje....ikan comfirm la lari....mana nak dpt.....

SALAM MAUT DARI detective conan PUNYER KAWAN...

Anonymous said...

btul3... i support u beb... by de way... xkan diorg nak buat keje kat tempat2 camtu... mana nak cari rezeki...

Budak Melayu...

Anonymous said...

nelayan biasanya ada zone dia...mereka tak boleh menangkap ikan di zone lain....sebab zone lain ..kawasan nelayan berhampiran area situ...ko ingat nelayan boleh redah dan ikut suka mane nak tangkap ikan......kawasan tempat mereka cari makan telah tercemar..kerana kerja2 pengorekan...sepatutnya mereka mendapat pampasan dari contractor..yang menjalankan kerja...sebab pihak contractor telah berjanji....memberi pampasan...dalam ISLAM..ape hukum orang yang berjanji...dan tidak menunaikan janji.....bukankah MUNAFIK namenyaaaa...

Anonymous said...

biasalah kalau tak cukup agama dan takde otak dan tak matured.

kakak said...

Kalau gitu akak cadang nelayan2 ni minta duit pulak dari kompeni kapal yang lalu lalang di kawasan tu. easy money babe. macam collect toll lah ni.

Anonymous said...

akak ni kategori bodoh juga kot. kaki jilat juga ni...

Anonymous said...

Tula tuh, aku rasa kakak nih yg selalu dok dlm bilik tingkat 2 dlu, pastu kpdnkk datang check software pirate, kantoi, pastu pi marahkan pegawai kpdnkk tu balik. aper cerite nih?

Anonymous said...

Betul ke kantoi pakai software pirate? Takkan company besar mcm ni tak mampu? Kakak yang kau maksudkan tu salwa ke?

Anonymous said...

Eric Tan See Meng from KLDA a dance instructor is a maid molester. Be careful of this guy!

Anonymous said...

ramai sangat kakak2 kat inai kiara ni.....

Anonymous said...

biasalah kakak-kakak nak cari makan.
kakak-kakak dah tua dah tak laku. nak cari makan tempat lain tak laku. jadi je lah ayam tua duduk tepi lorong-lorong tu.

Anonymous said...

Dancer from KL jailed for molesting maid for the second time

THE first time he was caught sexually harassing his maid, Tan See Ming was apologetic.

He told the 24-year-old Indonesian that he was sorry for hugging her from behind and touching her inappropriately.

But that did not stop him from doing it again – this time pulling down his underwear and flashing at her.

Yesterday, the 46year-old dancer was jailed for six months.

Tan, who has two children, first molested the maid in October 2005, just two weeks into her new job with the family, the prosecution told the court.

In January 2006, the maid was cleaning the toilet in the master bedroom when she saw Tan lowering his underwear and exposing himself to her. Again, she told his wife, who scolded him.

The offences came to light last September when the maid wrote about them on a feedback form that she sent to the Manpower Ministry.

Tan pleaded guilty to outraging and insulting modesty. — The Heralfe Tribune

cikaro bonceng said...

http://www.youtube.com/watch?v=8QH0GIw8ys4&feature=share&list=UL8QH0GIw8ys4